In order to view this page you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi KIMB

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke laman web rasmi KIMB. Selalulah kembali ke laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini kegiatan, produk dan perkhidmatan KIMB. Maklumbalas juga amat-amat dihargai.

Profil KIMB

Visi KIMB

Menjadi Koperasi Nasional Yang Unggul Berteraskan Syariah

Misi KIMB

  1. Menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan di kalangan anggota
  2. Melibatkan koperasi dalam aktiviti perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan
  3. Menyediakan perkhidmatan berkualiti melalui pengurusan yang amanah dan kompeten

Dapatkan eBook Dr Tariq Al-Suwaidan!

Salam.

Berita baik untuk semua!

Kini, anda boleh dapatkan Buku berjudul "Stories in the prophets in Al-Quran" secara online di website KIMB.

Klik link ini untuk membeli secara online -> eBook Dr Tareq Al-Suwaidan

Dapatkan juga buku-buku lain yang bermanfaat untuk bacaan anda!

Stories of the Prophets


 

 

 

Apa yang perlu dibuat apabila kemalangan?

Tiada siapa yang mahukan kemalangan berlaku ke atas dirinya. Namun, walaubagaimana bersiap sedianya kita dan berhati-hatinya kita, sekiranya ditakdirkan Allah berlaku kemalangan, tetap juga akan berlaku. Lebih-lebih lagi kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan kita dengan orang lain.

Mungkin tips-tips berikut boleh membantu serba sedikit sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya.

  1. Bertenang dan jangan cemas. Pada saya inilah perkara terpenting sebelum kita mengambil tindakan seterusnya.
  2. Sekiranya ada yang tercedera, hubungi ambulans atau 999 untuk bantuan.
  3. Sekiranya tiada kecederaan, alihkan kenderaan dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
  4. Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
  5. Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
  6. Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
  7. Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan. Gambaran mengenai kemalangan ini boleh membantu penyiasatan polis.

    Last Updated on Tuesday, 02 April 2013 16:09

    Read more...

 

KIMB sumbang RM 50 Ribu kepada IKRAM

SERI KEMBANGAN, 22 Feb – Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB), pada Jumaat lepas menyampaikan sumbangan RM50 Ribu kepada Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) sebagai penghargaan kepada sokongan yang diberikan oleh IKRAM dan ahli-ahlinya dalam membangun gerakan koperasi sebagai institusi ekonomi ahli-ahlinya. Sumbangan ini juga untuk membolehkan IKRAM terus menggiatkan usaha menjalankan usaha-usaha dakwah, tarbiah dan kebajikan.

Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi KIMB, Dr Ahmad Zainuddin Abdullah kepada Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad di Pejabat IKRAM, Seri Kembangan ketika mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pusat IKRAM.

“Diharap sokongan pimpinan dan ahli kepada KIMB akan terus meningkat agar KIMB dapat dapat terus memainkan peranan meningkat ekonomi ahli melalui aktiviti perniagaan dan kebajikan yang dijalankan oleh KIMB” Kata Pengerusi KIMB sebagai penutup kepada sesi tersebut.

KIMB juga pada malam tersebut menyampaikan sumbangan kepada Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) untuk penganjuran Nadwah Pendidik dan Konvokesyen Syahadah Perguruan IKRAM-MUSLEH 2013. Sumbangan diterima oleh Pengerusi dan Pengarah Eksekutif MUSLEH, Ust Megat Mohamed Amin.

Gambar 1 : Presiden IKRAM, menerima cek sumbangan dari Dr Ahmad Zainuddin

 

Gambar 2 : Pengerusi Eksekutif MUSLEH menerima sumbangan dari Dr Ahmad Zainuddin

Last Updated on Wednesday, 27 February 2013 10:09

 
  •  Start 
  •  Prev 
  •  Next 
  •  End 

Page 1 of 9

Beli Online!

Stories of the Prophets

Pautan

Jom Bersedekah Kepada Mereka Yang Memerlukan

Siapa di sini

We have 2 guests online

Pengumuman

KIMB sentiasa berusaha mengemaskini data anggota. Hubungi KIMB di talian 03-41086314 atau faksimili 03-41086319 atau emelkan kepada kimb.jim [at] gmail.com maklumat terkini anda seperti alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit dan lain-lain. Jazakallahukhairan atas kerjasama yang diberikan.

KIMB - Teman Muamalat Anda

Undian

Apakah bidang yang paling utama untuk KIMB perbaiki?