In order to view this page you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi KIMB

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke laman web rasmi KIMB. Selalulah kembali ke laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini kegiatan, produk dan perkhidmatan KIMB. Maklumbalas juga amat-amat dihargai.

Profil KIMB

Visi KIMB

  1. Menjadi koperasi mithali dengan keanggotaan yang aktif dan modal saham yang besar.
  2. Menyediakan kemudahan dan manfaat terbaik untuk semua anggota.
  3. Mendapat keberkatan dalam pelaburan dan perniagaan sesuai dengan aspirasi ekonomi Islam.

10 FAQ TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN BERKELOMPOK KIMB

Ahli dan Pelanggan KIMB yang dihormati,

Untuk tahun 2012, InsyaAllah KIMB akan terus menawarkan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkelompok bagi tempoh setahun (18 Jan 2012 - 17 Jan 2013)

Kepada peserta yang telah menyumbang untuk takaful perubatan tahun 2011, polisi anda akan tamat pada 17 Januari 2012. Tarikh pembaharuan bagi tahun 2012 adalah sebelum 15 Januari 2012. Mohon lengkapkan borang dan membuat pembayaran sebelum tarikh ini (HUBUNGI 03-41086339 atau This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk dapatkan borang)

Sesiapa yang berminat untuk menyertai takaful perubatan 2012 melalui KIMB, anda boleh mengisi borang tersebut dan menghantarnya semula kepada KIMB. Anda boleh menyertainya secara individu atau berkumpulan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi pejabat KIMB di talian 03-41086339/6314 atau emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Untuk lihat Jadual Manfaat dan Nilai Sumbangan takaful, sila klik di sini

KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 FAQ TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN BERKELOMPOK KIMB

1) Adakah skim Takaful perubatan dan kesihatan berkelompok KIMB ini dikendalikan oleh syarikat takaful?

Ya. Skim ini ditawarkan oleh Etiqa Takaful kepada peserta di bawah Koperasi Islah Malaysia Berhad dan ditadbir oleh Medijaring.

Last Updated on Wednesday, 11 January 2012 10:32

Read more...

 

UCAPAN PENGERUSI: QURBAN KASIH UMMAH 1432H

MARI MERAIH TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN

Assalamualaikum wrt wbh,

Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT,

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya segala amalan menjadi sempurna. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.

Sekali lagi kita akan berpeluang melaksanakan ibadah qurban menjelang Eidul Adha yang akan tiba tidak lama lagi, Insyallah. Tahun ini merupakan kali kedua KIMB bergabung bersama JIM dan IKRAM bagi melaksanakan projek Qurban Kasih Ummah 1432H yang telah mula dilaksanakan sejak 12 tahun yang lalu. Sasaran pada tahun ini adalah RM1 juta kutipan yang akan diagih-agihkan ke 17 buah negara yang terpilih, di mana terdapat ramai umat Islam yang memerlukan keprihatinan kita. Dari dimensi sosial kemasyarakatan, ibadah qurban menyimpulkan tautan yang unik di antara penerima dan pelaksana di mana penerima berkumpul di hari qurban di dalam suasana  sukacita yang sungguh mendalam bagi menikmati rezeki yang dikhususkan kepada mereka.

Tuan/puan yang dikasihi Allah SWT,

Ibadah qurban bukan sekadar memberi makan kepada fakir miskin, tetapi  merupakan wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.  Malah Allah swt menggandingkan ibadah qurban bersama ibadah solat sebagaimana firmanNya:

"Maka dirikanlah solat kerana tuhanmu, dan berqurbanlah" ( Al Kauthar : 2)

Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah swt, bersesuaian dengan hadith Nabi SAW:

"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha, selain menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada Hari Qiamat ( sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan qurban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu, perelokkanlah qurbanmu" ( HR Tirmidhi)

Dengan ini saya mewakili Ahli Lembaga KIMB,  menyeru sokongan semua anggota, pelanggan KIMB juga semua ahli masyarakat untuk bersama-sama menjayakan projek Qurban Kasih Ummah ini. Mari kita meraih taqwa dengan  melaksanakan ibadah qurban yang hanya datang beberapa hari dalam setahun di bulan Zulhijjah. Apapun, yang ingin dicapai dari ibadah qurban adalah keikhlasan dan ketaqwaan, bukan sekadar daging dan darahnya. Semoga Allah swt memudahkan kita semua untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini dan menerima setiap amalan kita.

Sekian, terima kasih.


Dr Hj Ahmad Zainuddin Abdullah
Pengerusi
Koperasi Islah Malaysia Berhad

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk menyertai, anda boleh dapatkan borang di sini (klik di sini) atau boleh isi secara online di laman web Qurban-Aqiqah

Pembayaran boleh dibuat melalui PO/MO/Cek/Tunai yang dideposit ke akaun:
1. Maybank Berhad 5622 0960 8847
2. Bank Islam Malaysia Berhad 1211-3010005-797

Semua pembayaran atas nama “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia“.

Sila hantarkan atau fakskan bank in slip sumbangan anda kepada:
SEKRETARIAT QURBAN KASIH UMMAH 1432H
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
LOT 300.2, LORONG SELANGOR,
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
No Faks: +60341071754 /+60341086319

atau emelkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Sila isi borang penyertaan Qurban Kasih Ummah 1432H (Penyertaan dengan slip bank)

Last Updated on Wednesday, 05 October 2011 18:45

 

KIMB tawar pelbagai produk dan perkhidmatan berlandaskan Syariah

Khamis, 15 September 2011 10:44

Sejak ditubuhkan pada 1994, Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) sentiasa berusaha mengalakkan budaya menabung untuk kebajikan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi anggotanya khususnya dan umat Islam umumnya, bertepatan dengan tuntutan untuk bekerjasama dalam kebaikan dan takwa.

Dalam aspek kebajikan, KIMB telah memperkenalkan Tabung Fi Sabilillah dan Kebajikan, Tabung Pendidikan bagi anak anggota yang cemerlang dan juga Tabung Khairat Kematian. Tabung Fi Sabilillah dan Kebajikan diwujudkan khusus untuk membantu aktiviti-aktiviti yang membawa manfaat kepada umat Islam atau masyarakat umum dan juga membantu anggota atau bukan anggota KIMB yang mempunyai penyakit serius, tidak berupaya atau ditimpa bencana.

Seiring dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kewangan untuk manfaat anggotanya, KIMB mengorak langkah memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti kad kredit Bank Rakyat, takaful perubatan berkelompok dan pembaharuan takaful kenderaan dan cukai jalan.

Read more...

 
  •  Start 
  •  Prev 
  •  Next 
  •  End 

Page 1 of 5

Pautan

Qurban Kasih Ummah 1432H

Siapa di sini

We have 8 guests online

Pengumuman

KIMB sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada semua anggotanya. Emel: kimb.jim [at] gmail.com Nombor telefon: 03-4108 6339 / 03-4108 6314 Nombor faksimili: 03-4108 6319. Kami bersedia mengeluarkan penyata serta mengambil inisiatif penyelarasan atau sebarang pelaburan yang tidak dicatatkan. Sila maklumkan kepada kami dengan menggunakan saluran di atas.

KIMB - Teman Muamalat Anda

Undian

Apakah bidang yang paling utama untuk KIMB perbaiki?