10 FAQ SME Plan

KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD

 

10 FAQ TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN 2017*

 

1) Adakah Perlindungan Takaful perubatan dan kesihatan ini dikendalikan oleh syarikat takaful?

Ya. Perlindungan ini diunderait oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB). Perlindungan ini yang dikenali sebagai Takaful mySME Partner direka khas sebagai manfaat kakitangan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana.

KIMB bertindak sebagai wakil pemasaran dan perkhidmatan, melalui kerjasama dengan Caliph Dynamic Sdn Bhd.

2) Apakah konsep yang digunakan dalam skim takaful ini?

Konsep takaful ialah saling membantu apabila ada peserta yang memerlukannya. Konsep yang sama juga digunapakai untuk produk takaful perubatan dan kesihatan ini. Sebagai peserta pelan takaful ini, anda perlu membuat caruman penyertaan (tabarru’) yang akan digunakan untuk membantu peserta yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjelaskan kos rawatan perubatan, seperti kos hospital, pembedahan dan kos-kos yang dilindungi seperti yang dinyatakan dalam polisi ini.

3) Apakah kelayakan untuk saya menyertai skim ini?

Semua pekerja sepenuh masa dan bekerja secara aktif (dibawah umur 65 tahun), di dalam kelas pekerjaan 1 hingga 4 adalah layak untuk perlindungan ini.

Pasangan pekerja (dibawah umur 65 tahun) dan anak-anak yang belum berkahwin (berumur lebih 14 hari tetapi dibawah umur 19 tahun, atau umur 23 tahun sekiranya masih melanjutkan pelajaran sepenuh masa, dan bukan seorang yang bekerja dengan bergaji) adalah layak untuk perlindungan ini.

4) Adakah saya dilindungi 24 jam sehari dan di seluruh dunia?

Ya, Peserta dilindungi 24 jam sehari, di Malaysia dan di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, jika Ahli/tanggungan yang dilindungi memilih untuk dirujuk oleh doctor yang merawat untuk mendapatkan rawatan di luar Malaysia, bayaran faedah-faedah akan tertakluk kepada caj yang munasabah dan biasa dan keperluan perubatan yang bersamaan dengan rawatan di dalam Malaysia dan tidak termasuk kos pengangkutan bagi ke tempat rawatan.

Untuk perjalanan ke luar negara, perlindungan diberi dalam tempoh tempoh 90 hari Ahli/tanggungan yang dilindungi berada di luar Negara.

5) Adakah saya perlu membawa Kad Perubatan setiap kali saya hendak mendapatkan rawatan

Ya, anda perlu membawa kad anda ke hospital panel. Namun, jika anda tidak membawa kad ketika ke hospital, anda  perlu berikan nama dan no kad pengenalan peserta kepada pihak hospital. Beritahu pihak hospital bahawa anda adalah ahli Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Walaubagaimanapun, penerimaan kemasukan tanpa kad bergantung kepada polisi dan prosedur sesebuah hospital. Anda dinasihatkan untuk sentiasa membawa kad anda.

Pastikan juga Surat Jaminan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad diterima oleh pihak hospital supaya tidak berlaku kes Ahli/tanggungan yang dilindungi perlu membuat pembayaran ketika keluar dari wad.

6) Setelah saya mengambil polisi ini, adakah saya dan keluarga akan terus mendapat perlindungan penuh serta merta?

Bagi peserta baru, secara umum :

  • Tempoh kelayakan – 30 hari tempoh menunggu kecuali kemasukan wad akibat kemalangan
  • Penyakit-penyakit yang khusus – Tidak dilindungi dalam jangkamasa 120 hari. Ianya dilindungi selepas tempoh berkenaan.

 

 

7) Adakah semua penyakit dan kecedaraan dilindungi di bawah skim ini?

Terdapat beberapa pengecualian am dalam polisi skim ini. Sila rujuk polisi perlindungan untuk syarikat anda bagi penjelasan terperinci.

8) Jika saya mempunyai perlindungan yang berasingan dari dua pengendali takaful, bolehkah saya membuat tuntutan di bawah kedua-dua polisi?

Tidak.Walau bagaimanapun, pengendali takaful akan membayar amaun lebihan yang tidak dilindungi oleh pengendali takaful yang lain.

9) Bagaimana caranya untuk membuat tuntutan (claim)?

Kami menggalakkan para peserta untuk mendapatkan rawatan di hospital panel untuk mengelakkan sebarang kelewatan bayaran semula atau tuntutan tidak diterima oleh pihak takaful.

Jika anda pergi ke hospital panel, anda hanya perlu memberi kad perubatan anda kepada pihak hospital, dan pihak Syarikat Talaful Malaysia Berhad akan mengeluarkan surat jaminan (guarantee letter) jika anda layak dilindungi.

Jika anda pergi ke bukan hospital panel yang tersenarai, anda perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan menghantar borang tuntutan ke Syarikat Takaful Malaysia Berhad selewat-lewatnya 30 hari selepas menerima rawatan. Anda perlu isi borang tuntutan, sertakan resit asal perubatan, laporan pengamal perubatan dan laporan lengkap dari hospital berkenaan kos rawatan dan kos-kos lain yang terlibat. Untuk kemudahan anda, kami menyarankan anda untuk menelefon talian 24 jam Syarikat Takaful Malaysia Berhad 1800 888 788 terlebih dahulu untuk pengesahan perlindungan sebelum ke hospital.

10) Apakah yang dimaksudkan dengan kecemasan?

Kecemasan adalah bermaksud rawatan yang diperlukan didalam keadaan dimana rawatan perubatan serta-merta diperlukan dalam tempoh 12 jam bagi kecederaan, penyakit atau symptom yang tiba-tiba dan tenat yang boleh mengancam nyawa (misalnya, kemalangan dan serangan sakit jantung), atau membawa kepada kemerosotan kesihatan yang ketara.

 

*10 Frequently Asked Questions ini hanyalah sebagai panduan umum dan bukanlah sebahagian dari kontrak yang mengikat mana-mana pihak. Sila rujuk polisi syarikat untuk penjelasan yang lebih terperinci.