Konvensyen Usahawan Mubin 2017

BANGI – Konvensyen Usahawan Mubin 2017 atau KUM17, program anjuran Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN) telah diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya selama 2 hari bermula 23 Januari sehingga 24 Januari 2017. KUM17 mengumpulkan usahawan-usahawan Muslim dari tanah air dan asia timur untuk membina jaringan bisnes dan mengembangkan peluang bisnes di peringkat antarabangsa.

Koperasi Islah Malaysia Berhad turut serta selaku peserta di dalam program ini yang mana menampilkan ramai ikon ilmuan dan bisnes masa kini seperti ikon bidang kewangan Islam, Dr Mohd Daud Bakar, Ketua Umum Jaringan Pengusaha Muslim Indonesia Pak Valentino Dinsi, jemputan istimewa Y.Bhg Datuk (Dr.) Hafsah Hashim serta penampilan khas ikon bisnes pemasaran online, Irfan Khairi.

 

16143698_1205932232787249_4589086115098150641_o  WhatsApp Image 2017-03-14 at 12.18.47 PM