KIMB ISYTIHAR DIVIDEN!

Assalamualaikum wrt wbh

Berita gembira – Alhamdulilah

Anggota KIMB yang dirahmati Allah,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pembayaran dividen Koperasi Islah Malaysia sebanyak 2.2% atas modal syer dan 1.5% atas modal yuran bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Permohonan ini dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan KIMB ke-26 yang bersidang pada 15 Jun yang lalu telah bersetuju untuk mencadangkan pengagihan dividen kepada anggota sebanyak 2.2% ke atas modal syer dan 1.5% ke atas modal yuran.

Pembayaran untuk kedua-dua dividen akan dibuat ke dalam akaun anggota yang akan dikemaskini dalam masa 14 hari dari hari ini (tertakluk kepada tiada masalah teknikal). Penyata Tahunan yang baru beserta dividen juga akan di emel kepada anggota dalam tempoh tersebut. Penyata Tahunan juga boleh di akses dari portal anggota selepas dikemaskini nanti.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pejabat KIMB di 019-2869954 atau 03-41086339/14.

 

Wassalam
Dr Ahmad Zainuddin Abdullah
Pengerusi KIMB 2019-2020
10 September 2019