Cabutan Bertuah Sempena PTI 2016!

Anda anggota KIMB? Dan memiliki Modal Syer RM 1,000 ke atas?

Tahniah! Anda berpeluang memenangi Cabutan Bertuah sempena Perhimpunan Tahunan IKRAM 2016! Dan memenangi hadiah menarik yang ditawarkan!

Berikut adalah Terma dan Syarat Cabutan Bertuah ini.

TERMA DAN SYARAT CABUTAN BERTUAH SEMPENA PTI 2016

Umum

1. Penyertaan untuk cabutan bertuah ini akan berakhir pada 12 Okt 2016 jam 6 petang.

2. Penyertaan adalah terbuka kepada anggota Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) yang telah diluluskan keanggotaannya sebelum 12 Okt 2016.

3. Untuk menyertai, anggota KIMB hanya perlu memastikan baki Modal Syer dalam akaun anggota pada 12 Okt 2016 berjumlah sekurang-kurangnya RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)

4. Ahli Lembaga dan kakitangan KIMB adalah tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah ini :

Pemilihan Pemenang

5. Pemenang akan ditentukan secara rawak melalui cabutan nombor anggota.

6. Cabutan akan dibuat oleh Ahli Lembaga KIMB di mana keputusan Ahli Lembaga adalah muktamad. Tiada surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, mahupun bantahan akan dilayan bagi mana-mana situasi.

7. KIMB mempunyai hak untuk mengguna, menerbit atau memaparkan nama-nama, dan gambar-gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa sebarang kos atau pampasan.

Notis Pemberitahuan Pemenang

8. Pemenang akan diberitahu melalui emel dan/atau panggilan telefon. Sesi simbolik penyerahan hadiah akan dibuat di Perhimpunan Tahunan IKRAM 2016 kepada pemenang atau wakil pemenang.

Hadiah-hadiah

9. Hadiah hendaklah didaftarkan atas nama pemenang (jika berkenaan).

10. Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau ditukar ganti (kepada tunai atau kepada pakej berbeza selain daripada yang telah ditentukan oleh KIMB) dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini.

11. Pemenang hendaklah bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, yuran kerajaan atau apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap pemenang di bawah mana-mana undang-undang, jika berkenaan.

12. Tempahan untuk tiket penerbangan dan buffet mestilah dibuat melalui KIMB.

13. Bagi hadiah tiket penerbangan, KIMB berhak menentukan syarikat penerbangan dan tarikh yang munasabah bagi pemenang.

14. Bagi hadiah buffet, segala kos tempahan di luar pakej buffet adalah di bawah tanggungan pemenang.

15. KIMB mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Tuntutan hadiah

16. Pemenang dikehendaki menuntut hadiah tidak lewat daripada 15 April 2017. Sekiraya gagal berbuat demikian, hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

17. Untuk menuntut hadiah, pemenang perlu menghubungi KIMB dan menandatangai borang / akuan (jika ada) sebagaimana yang dikehendaki oleh KIMB. Pemenang mestilah belum berhenti atau diberhentikan dari menjadi anggota sewaktu membuat tuntutan hadiah.

Pengishtiharan dan Kebenaran

18. KIMB berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Cabutan Bertuah ini dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, anggota adalah tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap KIMB untuk mana-mana kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Anggota secara langsung atau tidak langsung terhadap pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.

19. Semua anggota yang layak menyertai cabutan ini adalah dianggap telah membaca dan memahami serta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

20. KIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kecederaan atau kehilangan nyawa dan barang-barang berharga atau mana-mana kerosakan walau apa pun atau bagaimana jua yang dialami atau ditanggung secara berterusan oleh Anggota yang timbul secara langsung atau tidak langsung secara keseluruhan atau sebahagian akibat dari penyertaan atau hadiah yang dimenangi dalam cabutan bertuah ini atau sebagai akibat dari tindakan atau peninggalan dari pihak KIMB. KIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawab yang berkaitan dengan cabutan bertuah ini disebabkan oleh kejadian alam semulajadi, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, kebakaran, banjir, atau mana-mana situasi di luar kawalan KIMB.

21. Sekiranya terdapat ketidakselarasan di antara Terma dan Syarat ini dengan mana-mana risalah, bahan pemasaran atau promosi yang berkaitan, maka Terma dan Syarat ini haruslah digunapakai.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan perlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-41086339 atau emel ke customer.service@kimb.com.my.

Terima kasih

Pihak Pengurusan
KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD
Lot 300.1, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur