FAQ

Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) mendefinisikan koperasi sebagai sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik

Ringkasnya, ia adalah platform yang diusahakan melalui kerjasama ahli untuk mencapai manfaat bersama

Koperasi adalah milik anggota yang mempunyai modal syer seminima RM100. Hak mengundi setiap anggota adalah sama tanpa mengira jumlah modal syer anggota.

Ini berbeza dengan syarikat perniagaan di mana hak pemilikan dan membuat keputusan adalah berdasarkan peratus pegangan saham seseorang.

Koperasi juga tidak hanya menitikberatkan keuntungan tetapi juga tanggungjawab sosial kepada anggota

Agenda besar kita menjayakan KIMB adalah untuk melaksanakan seruan ta’awun (Surah Maidah : 2)

Secara umum, penglibatan anggota dari sudut kewangan adalah dalam tiga bentuk :

a)Modal Syer

b)Simpanan (Wadiah)

c)Pelaburan Khas

Setiap bentuk penglibatan ini mempunyai kontrak muamalah dan kadar risiko yang berbeza

MODAL SYER adalah penglibatan paling asas. Sebagai anggota, hubungan dengan anggota lain adalah musyarakah; Kita melabur, bekerjasama menjayakan bisnes, dan berkongsi untung (dan rugi) KIMB

 

SIMPANAN WADIAH pada asasnya tidak menjanjikan pulangan kerana asas hubungannya wadiah. Anggota menyimpan duit melalui KIMB dan dengan kaedah yad dhamanah, KIMB dibenar meniagakan dana yang disimpan, tetapi perlu memulangkannya kepada anggota apabila diminta. Namun, sebagai penghargaan, anggota boleh menerima hibah (hadiah) atas simpanan atas budi bicara KIMB

PELABURAN KHAS pula memberi peluang kepada anggota untuk melabur dalam projek-projek jangka pendek. Peluang pelaburan yang ditawarkan menawarkan potensi keuntungan yang berbeza, dengan kadar risiko yang berbeza. Selaras dengan kontrak syariah, KIMB tidak menjanjikan keuntungan namun KIMB mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk mengurus risiko yang dikenalpasti. Melalui skim ini kita menjayakan perniagaan anggota melalui kerjasama modal dan anggota yang melabur mempunyai potensi berkongsi keuntungan. Ini adalah kaedah taawun menang-menang sesama anggota.

Untuk manfaat lain, buat masa ini, KIMB menguruskan empat jenis tabung:

a)Tabung Pendidikan

b)Tabung Khairat Kematian

c)Tabung Kebajikan Dan Fisabilillah

d)Tabung Kebajikan Guru

TABUNG KHAIRAT membolehkan kita menyumbang apabila berlaku kematian anggota & keluarga rapat.

TABUNG PENDIDIKAN pula diwujudkan untuk kita memberi anugerah pendidikan buat anak-anak anggota yang cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM & Tahfiz

TABUNG KEBAJIKAN & FISABILILLAH pula dana yang kita guna untuk menyumbang kepada anggota yang ditimpa musibah, kemalangan atau kesakitan.

Dari tabung ini juga kita menyumbang kepada program/aktiviti anjuran anggota.

TABUNG KEBAJIKAN GURU dana yang dijadikan sebagai ‘rolling fund’ untuk memberi bantuan pinjaman (qard hasan) kepada guru (di kalangan anggota) yang memerlukan. Melalui kerjasama dengan MUSLEH, pinjaman ini sekarang ditawarkan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah di bawah rangkaian MUSLEH.

Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada warganegara Malaysia beragama Islam yang telah mencapai umur lapan belas tahun.

Anda boleh membuat permohonan keanggotaan melalui TIGA langkah mudah, seperti berikut :

1) Lengkapkan Borang Permohonan

Download borang keahlian di sini -> Borang Permohonan (Hantar ke pejabat KIMB atau berikan kami kepada melalui emel customer.service@kimb.com.my atau Faks 0341086319)

Atau memohon secara dalam talian (online) di bit.ly/borangonline-kimb

2) Bayar Modal Syer Minimum Dan Yuran Keahlian

Bayaran berjumlah RM 120 sahaja (RM 100 Modal Syer, RM 20 Yuran Keahlian) atas nama KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD. Deposit bayaran ke akaun Maybank (562209618419) atau Bank Islam (12113010024343).

3) Terima Resit Dan Simpan Sebagai Rujukan

Maklumkan pembayaran kepada kami melalui emel, whatsapp (0192869954/0193836859) atau faks dan pastikan anda menerima resit.

 

Sebagai sebuah koperasi yang meletakkan syariah sebagai teras dalam visinya, KIMB sentiasa berusaha memastikan semua produk dan perkhidmatannya adalah berasaskan dan mematuhi syariah.

Antara usaha yang dibuat bagi memastikan kepatuhan syariah, Panel Penasihat Syariah telah dilantik dari kalangan ahli dan bukan ahli yang berkelayakan dan berpengalaman, untuk memberi panduan dalam pengoperasian serta penawaran sesuatu produk dan perkhidmatan.

Modal syer boleh dikeluarkan dengan memberi notis bertulis 12 bulan terlebih dahulu kepada Ahli Lembaga. Atas sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan pengeluaran dalam tempoh yang lebih singkat.

Scroll to Top