Gerakan Koperasi Di Malaysia

Era 1920an

  1. Pada tahun 1922, penjajah Inggeris meluluskan akta pertubuhan koperasi di Tanah Melayu. Ianya berasaskan kepada The Indian Cooperative Societies Act of 1912.
  2. Gerakan koperasi bermula untuk membebaskan masyarakat daripada penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh peminjam wang (money lender) yang terdiri dari ceti atau tauke-tauke kepada petani-petani. Ianya sebagai jalan keluar kepada masyarakat luar Bandar daripada tanggungan keberhutangan yang tinggi, sekaligus menggalakkan semangat jimat cermat dan tolong menolong di kalangan anggota koperasi.
  3. Koperasi kredit merupakan koperasi yang pertama ditubuhkan pada Julai 1922 iaitu Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjam Wang Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Di luar Bandar, koperasi pertama ialah Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa bekerjasama dengan Tanggungan Berhad Parit Buntar, Krian, Perak yang didaftarkan pada Dis 1923.

 

Era 1930an

  1. Pada tahun 1939, 515 buah koperasi ditubuhkan dimana 39 darinya adalah Koperasi jimat cermat dan pinjaman deangan keanggotaan seramai 12,814 orang.

 

Era 1940an

  1. Walaupun Jepun menakluk Tanah Melayu pada tahun 1941, sebanyak 891 buah koperasi ditubuhkan dengan menjalankan 14 aktiviti berbeza.
  2. Pada tahun 1948, lima koperasi pemasaran dan pemprosesan didaftarkan.
  3. Pada tahun 1948, akta koperasi awal dimansuhkan dan diganti dengan Cooperatives Societies Ordinance 1948.

 

Era 1950an – 1960an

  1. Koperasi jenis pemasaran berjumlah 172 buah deangan modal pusingan mencecah RM10.5 juta. Koperasi yang menguruskan kilang padi ada 136 buah, 22 buah koperasi pemasaran getah dan 9 buah koperasi pemasaran ikan dan 4 buah koperasi kilang kopi.
  2. Selepas perang dunia kedua, harga barang meningkat. Sebuah koperasi pengguna iaitu Koperasi Pemborong Malaya ditubuhkan untuk mengatasi masalah ini pada tahun 1949. Walaubagaimanapun, koperasi pemborong ini mengalami kerugian yang besar mencecah RM182 Ribu.
  3. Pada awal 1950an juga ditubuhkan koperasi perumahan untuk mengatasi masalah perumahan Negara.
  4. Pada tahun 1954, Bank Persatuan Kerjasama telah bergabung deangan Bank Agung Kampung Bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi ini kemudiannya dikenali sebagai Bank Kerjasana Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dimana keanggotaannya dibuka bukan sahaja kepada koperasi bahkan juga kepada individu.
  5. Pada tahun 1954 juga ditubuhkan Koperasi Insurans se-Malaysia (MCIS)
  6. Gerakan koperasi terus berkembang deangan peruntukan bajet yang lebih banyak. Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama juga diwujudkan pada era 1950an ini.
  7. Koperasi sekolah mula diperkenalkan pada tahun 1968.

 

Era 1970an

  1. Pada era ini, berlangung satu kongres Koperasi Malaya untuk menyatukan semua koperasi dalam gerakan kebangsaaan.
  2. Maka lahirlah ANGKASA pada tahun 1971. Koperasi terus berkembang pesat tetapi koperasi kecil seperti koperasi nelayan dan asas tani tidak berjalan dangan baik. Kedai-dua koperasi bermasalah ini kemudiannya diletakkan dibawah Lembaga Pertubuhan Peladang (1,550 buah) dan LKM (76 buah).
  3. Antara koperasi pengguna yang aktif pada masa ini ialah Koperasi Shamelin dan Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM).

Era 1980an – 1990an

  1. Era baru Koperasi dilancarkan pada 28 Februari 1982.
  2. Empat koperasi baru diberi penekanan: Koperasi Pembangunan Desa, Koperasi Industri Kampung, Koperasi Pelaburan Pekerja dan Koperasi Pembangunan Negara.
  3. Gerakan koperasi Malaysia pada ketika ini dikawal oleh tiga undang-undang koperasi iaitu:
  4. Akta Koperasi 1948 bagi Semenanjung
  5. Ordinan Koperasi No 3 Tahun 1958 Sabah
  6. Ordinan Koperasi Tahun 1949 (bab 66) bagi Sarawak
  7. Dua peristiwa hitam berlaku pada tahun 1980an untuk koperasi pengambilan deposit dan krisis kewangan 1990an. Kerajaan mengeluarkan sebanyak RM1.23 billion untuk menyelamatkan koperasi dan ahli yang dilanda masalah.
  8. ANGKASA dilantik sebagai koperasi APEKS untuk mewakili koperasi seluruh Malaysia di peringkat kebangsaaan dan juga antarabangsa pada Mei 1996.
  9. Pada masa ini juga, satu seksyen baru iaitu Seksyen 71A digubal untuk membolehkan koperasi berubah kepada syarikat. Ini berlaku ke atas Syarikat KUB Malaysia Berhad.
  10. Pada tahun 1990an inilah KIMB ditubuhkan iaitu pada 21hb Januari 1994.

 

 

Boleh kita bawa koperasi ini terus kehadapan dalam bentuk yang baru yang lebih baik dan lebih membumi dalam masyarakat pencinta koperasi di Malaysia?

 

Anda penentunya……………