Hari Ini 43 Tahun Lalu : 7 Julai 1975

Perasmian Hari Koperasi Antarabangsa Yang Ke-53

Tarikh Peristiwa : 07-07-1975

Hari Koperasi Antarabangsa Yang Ke-53 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdul Razak Hussein bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman. 

Hari Koperasi Antarabangsa ini disambut oleh lebih daripada 326 juta orang ahli dengan 66 buah negara bergabung di dalam Ikatan Koperasi Antarabangsa

Koperasi sememangnya dapat memainkan peranan yang penting bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Sambutan Hari Koperasi Antarabangsa diadakan bagi tujuan menyedarkan masyarakat mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh mereka melalui koperasi

 

Pelbagai koperasi telah ditubuhkan di negara ini terutama yang ada kaitan dengan kumpulan tertentu seperti pegawai kerajaan, para petani, penternak serta nelayan.

Gerakan Koperasi di negara ini bermula sejak tahun 1922 lagi namun begitu tidak ramai rakyat yang menyertai koperasi. Dengan sambutan Hari Koperasi Antarabangsa seperti ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli koperasi untuk menjayakan koperasi kita.