Keanggotaan

Mengambil pengajaran dari surah Al-Maidah (Ayat 2),

“Dan Hendaklah Kamu Bertolong-tolongan Dalam Perkara Kebajikan Dan Taqwa”,

KIMB terus beroperasi dengan misi besarnya untuk melaksanakan syariah melalui gerakan koperasi.
Oleh itu, penyertaan anda ke dalam KIMB, bukanlah sekadar untuk menjadi ahli kepada Koperasi, namun penyertaan anda adalah untuk membina dan memperkukuh institusi ekonomi ini, supaya dapat kita membina kekuatan ekonomi secara bersama.

Untitled

3 Langkah mudah untuk memohon keahlian KIMB:

  1. Lengkapkan borang permohonan keahlian - Download  Borang permohonan ahli KIMB atau isi secara online di bit.ly/borangonline-kimb
  2. Kembalikan borang semula kepada KIMB sama ada melalui :
    • Pos/hantar ke Pejabat KIMB di Lot 300.1, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati 53100, Kuala Lumpur, atau
    • Emel ke customer.service@kimb.com.my, atau
    • Fakskan borang ke 03-41086319
  3. Buat Bayaran permohonan keahlian sebanyak RM 120 (RM 100 Saham, RM 20 Yuran keahlian) boleh dibayar tunai atau bank-in ke akaun berikut atas nama KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD :
    • Maybank : 5622 0961 8419
    • Bank Islam : 1211 30100 24343

    (Bukti pembayaran boleh diserahkan melalui emel atau faks seperti di atas, atau whatsapp ke 0192869954 / 0193836859)

Selepas diluluskan, KIMB akan menghantar surat pengesahan kelulusan beserta kad keahlian dan buku undang-undang kecil koperasi ke alamat yang diberi di dalam borang permohonan keahlian.

Keanggotaan terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Berfikiran waras
  • Tidak pernah terbabit dengan kesalahan yang didaftarkan di bawah “Registration of Criminals and Undisireable Persons Act, 1969″.

Setiap permohonan hendaklah dengan mengisi borang permohonan keahlian, Yuran Keahlian RM20 dan Modal Syer minima RM100.

Faedah Menjadi Anggota


Faedah anggota sentiasa ditingkatkan mengikut keperluan berdasarkan kemampuan KIMB. Berikut adalah manfaat semasa kepada anggota.

  • PERKONGSIAN KEUNTUNGAN tahunan dalam bentuk dividen atau hibah
  • MENABUNG dalam simpanan Al-Wadiah untuk keperluan masa depan, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
  • Melibatkan diri dalam AKTIVITI PELABURAN Koperasi.
  • Peluang BERKONGSI MODAL untuk aktiviti-aktiviti perniagaan anggota
  • Kelayakan menerima sumbangan kebajikan dan sumbangan untuk program-program di bawah TABUNG FISABILILLAH dan KEBAJIKAN.
  • Kelayakan menerima sumbangan pendidikan di atas kecemerlangan anak anggota dalam peperiksaan PT3, SPM, dan Hafazan 30 Juzuk Al-Quran melalui TABUNG PENDIDIKAN.
  • Kelayakan menerima sumbangan Khairat kematian di atas kematian Anggota, Pasangan, Anak, Ibu atau ayah Anggota melalui TABUNG KHAIRAT KEMATIAN.
  • Mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh KIMB
  • Memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh institusi-institusi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA, Maktab Koperasi Malaysia, dan institusi-institusi berkaitan.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung melalui :

No Telefon : 03-41086339 / 14 atau Emel : customer.service@kimb.com.my

Scroll to Top