SESI TANDATANGAN MOU ANTARA KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD DAN ARBA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Syukur alhamdulillah.

Selesai Majlis Tandatangan MOU di antara KIMB dan Arba Travel pada 24 Mei 2018 bertempat di pejabat Kimb HQ.

Semoga dengan kerjasama yang terjalin antara dua pihak ini dapat memberikan satu nafas baru dalam meningkatkan dan memartabatkan lagi taraf ekonomi kedua pihak serta dapat memberikan keistimewaan yang terbaik buat semua ahli KIMB.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dalam majlis ini. Teruskan sokongan anda dan maju bersama KIMB. 

Jazakallah Khairan Khatira diucapkan.