MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) Ke-24, Koperasi Islah Malaysia Berhad

Alhamdulillah, MAPT Ke-24 telah diadakan pada Sabtu lepas (13 Mei 2017) di Seri Kembangan.

Terima kasih kepada pegawai dari SKM Wilayah Persekutuan, Para perwakilan, pemerhati dan jemputan yang hadir ke MAPT kali ini. Moga Allah memberkati.

Kami merasa dukacita kerana dua orang perwakilan dari Kedah tidak dapat turut serta pada MAPT ini, kerana terlibat dengan kemalangan semasa dalam perjalanan. Namun, alhamdulillah kami bersyukur kerana Hj Ariffin Saidin dan Hjh Hamidah Karim tidak mengalami kecederaan serius.

Beberapa keputusan utama dalam MAPT kali ini :

1. Perwakilan meluluskan Dividen 4.75% atas Modal dan Hibah 3% atas simpanan wadiah bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016. Kiraan dividen ini adalah atas nilai modal syer dan simpanan wadiah pada 30 Jun 2016.

2. 3 Ahli Lembaga berikut yang mengosongkan jawatan mengikut penggiliran seperti dalam Fasal 37(1) UUK, telah dipilih kembali untuk sesi berikutnya :

i. Rawiyiah Zakaria
ii. Mohd Alwi Ibrahim
iii. Wan Anwar Wan Ibrahim

3. Seorang Ahli Lembaga sesi 2016/2017, Dr Badrol Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga pada MAPT lepas dan Perwakilan telah sebulat suara menyokong cadangan perlantikan Hj Rubani Dikon, Perwakilan dari Klang sebagai Ahli Lembaga KIMB sesi 2017/2018.

4. Perwakilan telah meluluskan usul menaikkan amaun had maksima pembiayaan runcit dari RM10,000 kepada RM100,000

Lihat album kami untuk ‘usha’ gambar-gambar menarik sekitar MAPT KIMB 2017 ke 24