Perkongsian Mengenai koperasi kepada jemaah Surau Al-Islah

Alhamdulillah, Sabtu lepas (07022015), Pengerusi dijemput untuk berkongsi mengenai koperasi kepada jemaah Surau Al-Islah, Taman Dahlia, Salak Tinggi.

Pengerusi berkongsi mengenai asas syariah, memahami dan mengamalkan Islam secara keseluruhan, serta konsep taawun dalam koperasi.

Dalam sesi ini juga, dikongsikan juga mengenai empat sifat penting bagi anggota, pimpinan serta pengurusan dalam menggerakkan koperasi, iaitu :

i – Amanah
ii – Ukhuwah
iii – Adil
iv – Islah

Alhamdulillah, peluang berkongsi mengenai Islam dan koperasi dengan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada Pengerusi Surau, Haji Ibrahim Bin Mat, dan seluruh jemaah surau atas jemputan.

156072_797377420309401_129145360025631920_n 1504523_797377413642735_4185194418298057428_n 10968357_797377416976068_8564684597292276662_n 10968478_797377426976067_8326096223543863508_n