Pertandingan Reka Cipta Logo Baru KIMB

Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) adalah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf sosio ekonomi anggota khususnya dan umat Islam amnya, bertepatan dengan tuntutan “bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa”

Koperasi Islah Malaysia Berhad telah diluluskan pendaftarannya pada 21 Januari 1994 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran Koop Nasional No 15.

VISI

Menjadi Koperasi Nasional Yang Unggul Berteraskan Syariah

JENAMA

KIMB

KRITERIA

  1. Melambangkan identiti koperasi dan menerapkan elemen kerjasama serta pembangunan ekonomi dan sosial untuk anggota dan masyarakat amnya.
  2. Warna logo tidak lebih dari tiga warna
  3. Mengandungi perkataan dan imej yang boleh digunakan berasingan, kelihatan jelas pada latar belakang cerah atau gelap.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
  2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  3. Reka cipta logo hendaklah reka cipta yang asli dan baharu serta tidak mengandungi unsur dan elemen yang boleh dianggap sensitif serta menyinggung mana-mana pihak.
  4. Setiap logo yang dihantar perlu dihantar beserta keterangan mengenai reka cipta logo yang dihasilkan.
  5. Semua logo dan keterangan logo yang diterima oleh urus setia Pertandingan Reka Cipta Logo KIMB adalah hak milik Koperasi dan tidak boleh dikembalikan.

CARA PENYERTAAN

  1. Hantarkan setiap karya anda dalam dua format iaitu format yang boleh disunting (Cth : Adobe Ilustrator) dan JPEG atau PNG.
  2. Sertakan maklumat peribadi anda; nama penuh, alamat emel, alamat rumah dan nombor telefon.
  3. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke emel media@kimb.com.my sebelum tarikh tutup.
  4. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

HADIAH PENYERTAAN

Hadiah utama : iPhone 6
Tempat Kedua : RM 300
Tempat Ketiga : RM 200

PENILAIAN

  1. Pertandingan akan diadili sepenuhnya oleh Panel Juri yang dilantik oleh Ahli Lembaga.
  2. Panel Juri berhak membatalkan penyertaan sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat.
  3. Keputusan akhir pemenang logo akan dibuat oleh Ahli Lembaga berdasarkan laporan pemilihan juri dan keputusan adalah MUKTAMAD.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

25 DISEMBER 2014

HAK CIPTA

Logo yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hakmilik Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB). KIMB berhak untuk membuat pindaan dan ubah suai logo yang dipilih bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan atau dicetak untuk sebarang keperluan KIMB.

KIMB tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak dari pihak lain. Peserta perlu bertanggungjawab jika terdapat tuntutan pihak ketiga.

PERHUBUNGAN

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi urus setia di media@kimb.com.my

Urus setia Pertandingan Reka Cipta Logo,
Koperasi Islah Malaysia Berhad
Lot 300.1, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati, 53100
Kuala Lumpur
FB : Koperasi Islah Malaysia Berhad
Web : www.kimb.com.my