Polisi Pembayaran

POLISI PEMBAYARAN

KOPERASI ISLAH MALAYSIA BHD

  1. Dibawah ini adalah polisi pembayaran yang perlu dipatuhi oleh semua ahli Koperasi Islah Malaysia Berhad (selepas ini disebut KIMB) yang menjadi Pengguna kepada sistem diatas talian portal anggota (https://portal.kimb.koop.net.my) bagi tujuan seperti berikut :
    • Bayaran caruman bulanan/tahunan
    • Bayaran pinjaman bulanan
    • Bayaran takaful
    • Bayaran penjualan produk/barang
    • Lain-Lain Pembayaran
  2. Polisi pembayaran ini juga perlu dipatuhi oleh semua pelanggan KIMB yang BUKAN anggota KIMB ketika membuat pembayaran kepada KIMB bagi aktivi-aktiviti dibawah:
    • Bayaran takaful
    • Bayaran penjualan produk/barang
    • Lain-Lain Pembayaran
  3. Pembayaran kepada pihak KIMB boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut :
    • Sistem Pembayaran Online FPX
    • Sistem Pembayaran melalui Kad Debit/Kredit
    • Cek melalui Cheque Deposit Machine
    • Bank in melalui Cash Deposit Machine atau Kaunter Bank
    • Pindahan wang diatas talian melalui perbankan internet (account transfer)
  4. Pembayaran melalui kaedah i adalah sangat digalakkan.
  5. Bagi pembayaran melalui kaedah i, pengguna akan dibawa ke halaman login perbankan internet bank masing-masing untuk membuat pembayaran secara diatas talian. Pembayaran akan dibuat kepada pihak eGHL yang telah dilantik oleh pihak KIMB untuk menguruskan sebarang urusan transaksi pembayaran menggunakan kaedah FPX dan Debit/Kredit Kad
  6. Bagi pembayaran melalui kaedah i, transaksi akan dikemaskini di dalam sistem ICMS pada waktu yang sama manakala untuk portal anggota akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dan masa pembayaran dibuat. Resit dan Invois akan dapat dicetak sejurus selepas pembayaran berjaya dilakukan melalui kaedah FPX atau Kad Debit/Kredit.
  7. Bagi pembayaran melalui kaedah iii, iv & v, segala resit atau bukti pembayaran bagi pembayaran hendaklah dimaklumkan melalui salah satu keadah dibawah:
    • Isi dan lampirkan resit bayaran dalam borang atas talian PUSAT MAKLUMAN PEMBAYARAN CARUMAN ANGGOTA KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD (terhad kepada bayaran caruman sahaja)
    • Makluman melalui applikasi whatsapp ke nombor KIMB (untuk semua jenis pembayaran)
    • Makluman melalui email KIMB (untuk semua jenis pembayaran)
    • Makluman melalui nombor faksimli KIMB (untuk semua jenis pembayaran)
  8. Bagi pembayaran melalui kaedah iii, iv & v, sila pastikan semua butiran yang dimasukkan sewaktu Kemaskini Pembayaran adalah tepat. Butiran atau bukti pembayaran yang tidak jelas akan ditolak dan pengguna akan dimaklumkan berkenaan penolakan tersebut melalui email/whatsapp/telefon jika dapat dikesan.
  9. Tempoh proses pembayaran melalui kaedah i & ii adalah pada waktu yang sama pembayaran dibuat manakala tempoh proses pembayaran melalui kaedah iii, iv & v adalah diantara tiga (3) hingga tujuh (7) hari bekerja.
  10. Caj pemprosesan bagi pembayaran melalui kaedah i adalah sebanyak RM2.65 yang akan dikenakan oleh pihak eGHL manakala pembayaran melalui kaedah ii, akan dikenakan caj oleh pihak eGHL mengikut kadar caj berikut:
    • Kad Debit: 1% dari jumlah pembayaran
    • Kad Kredit: 2% dari jumlah pembayaran
    • manakala tiada sebarang caj pemprosesan di pihak KIMB bagi pembayaran melalui kaedah iii, iv & v. Caj-caj dikenakan oleh pihak eGHL melalui keadah I & ii akan ditambah kedalam jumlah keseluruhan jumlah pembayaran perlu dilakukan sebelum tuan mengesahkan pembayaran.
  11. Polisi Pembayaran ini hendaklah dibaca bersama dengan Polisi Pemulangan Bayaran.
  12. Pihak KIMB berhak meminda sebarang perkara di dalam dokumen ini tanpa perlu memberi sebarang notis kepada Pengguna.