Polisi Pemulangan

POLISI PEMULANGAN PEMBAYARAN

KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD

  1. Koperasi Islah Malaysia Berhad (selepas ini disebut KIMB) ada mengamalkan polisi Pemulangan Bayaran atau “Refunds” untuk setiap bayaran tetapi terhad kepada syarat-syarat berikut:
    • Caruman yang dibayar boleh dipulangkan tetapi had & tempoh masa pemulangan perlu mengikut garis panduan di dalam Aturan Koperasi KIMB
    • Pembayaran untuk produk takaful boleh dipulangkan semula jika sesuatu polisi takaful itu telah dibatalkan. Namun jumlah pemulangan bergantung kepada kelulusan pihak syarikat takaful.
  2. Semua perkara nombor 2 diatas dan juga lain-lain pemulangan adalah tertakluk kepada budi bicara Pihak pengurusan dan Lembaga KIMB sepenuhnya. Pihak KIMB berhak untuk tidak melayan sebarang permohonan bertulis jika permohonan tersebut tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
  3. Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkenaan Polisi Pemulangan Bayaran ini boleh dikemukakan secara bertulis kepada pihak KIMB atau menghantar email kepada customer.service@kimb.com.my