Retreat KIMB di Melaka

MASJID TANAH, MELAKA – Retreat Koperasi Islah Malaysia Berhad telah berlangsung dengan jayanya pada 14-15 Januari 2017 bertempat di Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting, Melaka. Melibatkan ahli lembaga koperasi dan pekerjanya seramai 17 orang.

Tujuan utama retreat ini ialah untuk berdiskusi, mengerah idea, bertukar pendapat, dan menetapkan matlamat untuk dicapai sepanjang tahun 2017. Bermisikan menyedia perkhidmatan berkualiti melalui pengurusan amanah dan kompeten, KIMB sentiasa meningkatkan tahap kualiti pengurusan dari tahun ke tahun demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli dan pelanggan.

 

“Teman Muamalat Anda”


IMG-20170126-WA0016 (1)

IMG-20170126-WA0014