Sasaran Tambahan Modal Syer KIMB RM 5 Juta : RM 1,500/Anggota

Sasaran Tambahan Modal Syer KIMB RM 5 Juta : RM 1,500/Anggota
1. KIMB mencatat purata untung bersih operasi RM 360 Ribu untuk tempoh 5 tahun terakhir dengan purata dividen 7% untuk tempoh yang sama.
2. Pada tahun-tahun akan datang termasuk 2017,kita sasarkan untuk merekod untung bersih pada nilai RM 1 Juta supaya kita mampu terus kukuhkan kewangan KIMB dan terus berupaya memberi pulangan dividen pada kadar yang menarik kepada anggota.
3. Ketika ini,KIMB mempunyai beberapa peluang untuk menjana pendapatan jangka masa pendek dan sederhana yang memerlukan pelaburan sekitar RM 10 – 13 Juta.
4. Secara ringkas, kita mempunyai peluang dalam segmen berikut :
Pembekalan : RM 5 Juta
Pemilikan Hartanah : RM 5 Juta
Pembinaan : RM 3 Juta
5. Bagi menjayakan semua peluang ini,kita perlu tambahan modal RM 5 Juta bagi tempoh jangka pendek.
6. Jika lebih kurang 2,900 anggota membuat tambahan Modal Syer sebanyak RM 1,500, kita boleh mendekati sasaran RM 5 Juta tersebut, dengan andaian ada anggota yang akan membuat tambahan modal syer lebih banyak dari amaun itu.
7. Kita telah lepasi fasa turnaround dan kini kita mahu membawa KIMB ke tahap lebih tinggi.
8. Berapa ramai agaknya yang akan sahut seruan MENAMBAH MODAL SYER RM 1,500 SETIAP ANGGOTA ini?
9. Anda boleh membuat tambahan Modal Syer atas nama KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD ke akaun berikut :
Maybank : 5622 0961 8419
Bank Islam : 1211 30100 24343
Makluman tambahan Modal Syer boleh dibuat melalui :
0192869954 / 0193836859
10. Moga Allah berkati usaha kita dan mengganjari dengan balasan kebaikan. Kita percaya KIMB adalah salah satu medan amal untuk mendekatkan diri kepada Alllah s.w.t.
Sekian
Dr Ahmad Zainuddin Abdullah
Pengerusi,
Koperasi Islah Malaysia Berhad
Sesi 2016/2017
04 Mei 2017
Kajang

3 thoughts on “Sasaran Tambahan Modal Syer KIMB RM 5 Juta : RM 1,500/Anggota”

  1. Anisah Mustapha

    Assalamualaikum,

    Saya berminat untuk menjadi anggota / ahli KIMB. Bagaimanakah caranya?

    1. Waalaikumsalam wbt,
      Puan Anisah,

      Untuk mendaftar sebagai ahli KIMB, puan boleh mengisi borang di website kami melalui tab keanggotaan, kemudian klik pendaftaran online.

      Selepas mengisi maklumat, puan boleh melakukan pembayaran sebanyak RM120 sebagai pembayaran permulaan. Maklumat pendaftaran ada di dalam website.

      Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, puan boleh Whatsapp kami di talian 011-2081 6036

      Jzkk

Comments are closed.