Simpanan Pelaburan Khas

SIMPANAN PELABURAN KHAS memberi peluang kepada anggota untuk melabur dalam projek-projek jangka pendek. Peluang pelaburan yang ditawarkan menawarkan potensi keuntungan yang berbeza, dengan kadar risiko yang berbeza.

Selaras dengan kontrak syariah, KIMB tidak menjanjikan keuntungan namun KIMB mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk mengurus risiko yang dikenalpasti. Melalui skim ini kita menjayakan perniagaan anggota melalui kerjasama modal dan anggota yang melabur mempunyai potensi berkongsi keuntungan. Ini adalah kaedah taawun menang-menang sesama anggota.

 

Bagi anggota yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan projek-projek yang ditawarkan, boleh menghubungi Unit Pelaburan di [email protected]