Pengenalan

Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju. Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini.

Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful Kembara, salah satu produk takaful yang  menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia di samping membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga adalah produk yang bersesuaian untuk anda yang mahukan ketenangan untuk pengembaraan,percutian atau program yang anda anjurkan.

Manfaat

Manfaat perlindungan yang ditawarkan :

  • Kematian atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan
  • Bantuan Segera Perbelanjaan Pengebumian
  • Pembatalan atau Pemendekkan Perjalanan
  • Perlindungan Bagasi
  • Perbelanjaan Perubatan
  • Perbelanjaan Hospital
  • Liabiliti Persendirian

Sumbangan

Sumbangan untuk produk ini bermula dengan kadar serendah RM 3.00/peserta*

Hanya pilih pelan yang diingini dan anda akan dilindungi sepanjang percutian, pengembaraan, dan perjalanan anda.

Dengan TAKAFUL KEMBARA, anda mengembara ke mana sahaja dengan fikiran yang tenang

Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan meklumat lanjut mengenai jadual manfaat dan pelan sumbangan

*Sumbangan keseluruhan ini tidak termasuk setem duti dan caj perkhidmatan. Sebut harga penuh akan diberi selepas mendapat bilangan dan nama peserta.

Penyertaan

Untuk menyertai skim perlindungan TAKAFUL KEMBARA ini, sila berikan maklumat berikut kepada kami ( customer.service@kimb.com.my) :

  1. Nama Organisasi Penganjur / Nama Person-in-Charge (PIC)
  2. No Pendaftaran Organisasi / No K/P PIC
  3. No Telefon Organisasi / No Telefon PIC
  4. Alamat Penuh Organisasi / Alamat Penuh PIC
  5. Senarai Nama Penuh Peserta beserta No Kad Pengenalan (jika tiada KP, berikan no surat beranak atau no pasport berserta tarikh lahir)

Senarai ini boleh diberi secara softcopy dalam Ms Word atau Ms Excel melalui emel kecustomer.service@kimb.com.my
Terima Kasih Kerana Berurusan Dengan Kami.

KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD
No Tel : 03-41086339
No Faks : 03-41086319